MENU

LOGO

Logo Majlis Daerah Simpang Renggam

Rekabentuk logo ini berasaskan kombinasi rajah-rajah Geometrik yang memberikan ‘kekuatan dan nilai' di dalam melambangkan

  • Kestabilan
  • Kecekapan
  • Prestasi

1. Mahkota — Tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan yang memerintah negeri Johor.

2. Dua Ekor Harimau — Melambangkan keberanian dan kekuatan.

3. Pangsa Bulatan — Pangsa yang berwarna merah melambangkan kepada senjata warisan melayu (keris).

4. Cogan kata 'Usaha Maju Jaya' — Cogan kata ini adalah diambil dari singkatan fungsi-fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam. Ia bagi memperlihatkan hasil-hasil usaha yang dijalankan dari maksud-maksud yang tertera diatas.

5. Bulatan yang Merangkumi Rajah-Rajah — Melambangkan fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam yang

berotonomi kewangan dan perbelanjaan yang bertujuan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

6. Rajah Gear — Simbol teknologi, ini bermakna apa jua yang dirancangkan adalah berdasarkan kepada

lunas-lunas teknologi.

7. Bunga Raya — Bunga Raya atau Bunga Kebangsaaan Malaysia ini melambangkan Perpaduan Nasional. Bunga ini juga adalah simbol harmoni.

8. Buku — Lambang pentadbiran yang cekap. Buku merupakan gedung ilmu pengetahuan, perpaduan, perundangan dan lain-lain yang menjadi kunci kecekapan pentadbiran.

9. Rajah Bangunan — Melambangkan pembangunan perumahan, perniagaan dan perusahaan.

10. Rajah Kelopak Daun Berkembang Dua — Melambangkan pertumbuhan sosial yang sihat dan menuju kepada pencapaian cita-cita bagi kebersihan, pengindahan bandar dan sekitarnya bagi kebaikan bersama.

Tulisan Cogankata 'Usaha Maju Jaya' — Cogankata ini adalah diambil dari singkatan fungsi-fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam bagi memperlihatkan hasil-hasil usaha yang dijalankan dari maksud-maksud yang tertera di atas.

Warna-Warna — Identiti Negeri Johor diabadikan dengan warna-warna yang terdapat dari bendera Negeri Johor

  • 1