MENU

Pelan Strategik ini merupakan sebuah dokumen hala tuju MDSR dalam masa 5 tahun yang amat penting untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dokumen ini juga merupakan salah satu daripada usaha MDSR dalam mencipta dan membentuk hala tuju, budaya kerja dan identitinya tersendiri.

Pelan Strategik ini mensasarkan visi untuk mejadikan Majlis Daerah Simpang Renggam Ke Arah Bandar Lestari sebagai komitmen MDSR dalam menjalankan misi bagi memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap kepada masyarakat. Majlis Daerah Simpang Renggam telah menetapkan 5 objektif strategi bagi merealisasikan visi dan misi yang digariskan iaitu :-

1. Tadbir Urus

2. Hasil

3. Pembangunan

4. Masyarakat

5. Persekitaran

Setiap objektif strategi akan dilaksanakan melalui pelan tindakan yang diperincikan dalam Hala Tuju Strategik & Pelan Tindakan di dalam Bab 4 yang mengandungi strategi – strategi, aktiviti/program, indicator, Penunjuk Prestasi Utama (KPI)/Sasaran dan pemacu program. Pelan tindakan ini seharusnya dapat memantapkan perkhidmatan teras MDSR serta meningkatkan sistem penyampaian kepada komuniti selari dengan hasrat MDSR untuk mewujudkan persekitaran perbandaran yang terbaik melalui perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, telus dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber secara efisien kepada masyarakat Simpang Renggam.

Penentu kejayaan Pelan Strategik ini memerlukan penglibatan dari semua peringkat dalam jabatan dan juga masyarakat. Kejayaan pelaksanaan objektif strategik ini pula perlu didokong oleh seluruh warga kerja MDSR melalui penerapan dan pengamalan nilai – nilai bersama yang menjadi teras kekuatan MDSR iaitu :-

- Makmur

- Dinamik

- Sejahtera

- Responsif

Pelan Strategik ini akan menjadi panduan dan rujukan sepanjang tahun 2022 – 2026. Justeru itu pemantauan berterusan dan kajian dari semasa ke semasa perlu ditekankan bagi memastikan ianya sentiasa releven dan seterusnya menjadi pembolehdaya strategik dalam usaha MDSR untuk mencapai visi pada tahun 2026. Dengan adanya pelan ini, hala tuju organisasi pada jangka masa panjang akan dapat dilihat dalam skop yang lebih luas di mana pelan ini boleh dijadikan sumber rujukan di dalam penyediaan perancangan kerja tahunan oleh setiap jabatan/bahagian/unit di MDSR. Sehubungan itu, perancangan tahunan akan selaras dengan visi, misi dan objektif MDSR sepanjang tempoh 2022 hingga 2026.

Semoga dengan adanya dokumen, di harap ia akan menjadi penanda aras bagi Majlis Daerah Simpang Renggam terus maju dan berada dalam landasan yang tepat demi kesejahteraan masyarakat.