MENU
  1. Kami akan memberi layanan yang mesra dan bersedia membantu apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami dalam tempoh 14 hari bekerja.

  2. Kami akan berusaha mewujudkan persekitaran yang bersih, nyaman dan indah bagi penduduk-penduduk di kawasan Majlis.

  3. Kami akan memberikan kemudahan dan perkhidmatan asas di semua kawasan di bidang kuasa Majlis.

  4. Memantau perkhidmatan punugutan sampah dan perbersihan am dibuat oleh SWM.

  5. Pembaharuan lesen-lesen akan diselesaikan dalam masa tidak melebihi 10 minit.

  6. Permohonan untuk kelulusan Pelan dan Bangunan baru akan diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya mematuhi semua kehendak jabatan yang terlibat dan disertakan dengan dokumen yang lengkap.

  7. Permohonan untuk kelulusan Pelan Tambahan dan Ubahan/ Lanjut Tempoh Pelan akan diluluskan dalam tempoh 3 minggu dengan syarat mematuhi kehendak-kehendak UBBL.

  8. Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) akan dikeluarkan dalam tempoh 1 minggu selepas dikemukakan Borang E beserta Perakuan jabatan yang terlibat.

  9. Bil-bil Cukai Taksiran akan disampaikan kepada penduduk tidak lewat 15 Februari dan 15 Ogos.