MENU

Perkhidmatan Bas Harapan Johor dari Stesen Bas Simpang Renggam ke Stesen Bas Renggam akan beroperasi mulai 1 Oktober 2018 (6.30pagi). Perkhidmatan bas ini merupakan perkhidmatan percubaan selama tiga bulan. 

Pendaftaran kad bas boleh dibuat di pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam seperti ketetapan berikut : 
AHAD - RABU : 8.30 pagi - 4.00 petang 
KHAMIS : 9.00 pagi - 2.30 petang 
JUMAAT - SABTU : Cuti 

Harga Kad :
RM 10 - orang dewasa (18 - 59 tahun)
RM 5 - pelajar sekolah (7 - 17 tahun) dan OKU
PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan warga emas (60 tahun ke atas)
*Orang awam yang ingin mendaftar dikehendaki membawa salinan kad pengenalan bagi memudahkan proses pendaftaran.