MENU

Warga Majlis Daerah Simpang Renggam merakamkan sekalung ucapan jutaan terima kasih dan mengucapkan selamat bersara kepada En Sarudin Bin Tirin, Pembantu Awam H14 yang telah bertugas hampir 40 tahun di Majlis Daerah Simpang Renggam. Beliau telah memulakan tugas pada 4 Mei 1983 dan telah bersara pada 25 Jun 2023.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan juga kepada Puan Rosiah binti Kanang, Pembantu Tadbir P/O N22 diatas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan selama hampir 35 tahun di Majlis Daerah Simpang Renggam. Beliau telah memulakan tugas pada 1 Mac 1988 dan telah bersara pada 29 Jun 2023.

Sampai masa waktu berpisah,

Memasuki rentak dunia berbeza,

Terima kasih atas bakti dicurah,

Semoga berjumpa di lain masa..

Jasamu Dikenang.