MENU

14 Mei 2023 | Ahad | 23 Syawal 1444H

Program Ziarah Syawal 1444H Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini telah diadakan di sekitar kawasan pentadbiran MDSR dihadiri oleh Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, Ahli-Ahli Majlis MDSR serta kakitangan MDSR.

Program ini melibatkan 7 buah rumah Ahli Majlis MDSR serta kakitangan MDSR yang mengambil bahagian dalam Sesi Marhaban dari rumah ke rumah.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Ziarah Syawal 1444H MDSR ini dan diharapkan program ini dapat mengeratkan ukhwah yang terbina.