MENU

3 JULAI 2023 | ISNIN 

Program Gerak Mesra 2023 Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini telah berlangsung di sekitar kawasan Zon 5 yang bertempat di Gelanggang SJK(C) Sungai Sayong. 

Turut hadir sama dalam program ini ialah Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah binti Zober, Setiausaha MDSR, Encik Wee Say Sai , Ahli Majlis MDSR Zon 5, Ahli-Ahli Majlis MDSR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR serta penduduk setempat.

Aktiviti yang diadakan pada hari ini termasuklah Aktiviti Plogging, Penyampaian Sumbangan, Taklimat Pengasingan Sisa dan Pencegahan Aedes. Turut dibuka kaunter bayaran dan kaunter bayaran cukai.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Gerak Mesra pada hari ini. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar bagi memastikan kebersihan di Simpang Renggam sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.