MENU

12 MEI 2023 | JUMAAT

Program Gerak Mesra 2023 Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini telah berlansung di sekitar kawasan Zon 3 Taman Harmoni.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, Puan Sarina binti Ayop , Ahli Majlis MDSR Zon 3, Ahli-Ahli Majlis MDSR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR serta penduduk setempat.

Aktiviti yang diadakan pada hari ini termasuklah aktiviti plogging,Penyampaian Sumbangan, Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian oleh Fakulti Perubatan dan Pergigian UiTM.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Gerak Mesra pada hari ini. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar bagi memastikan kebersihan di Simpang Renggam sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.