MENU

Program Gerak Mesra & Johor Bersih Zon 7 Majlis Daerah Simpang Renggam telah diadakan pada 29 Jun 2024 di Dewan Terbuka JPKK Kg Baru Simpang Renggam.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Encik Mohd Fa’iz bin Salehon, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, Encik Faizal bin Md Said, Ketua Whip MDSR, Ir. Ts. Gs. Muhammad Nizam Bin Ibrahim, Jurutera Daerah JPS, Puan Nuradibah Binti Arop, Penolong Pegawai Daerah, En. Tee Keh Seng, Ahli Majlis MDSR Zon 7, Ahli-ahli Majlis MDSR, kakitangan MDSR, SWM, SWCORP, Klinik Kesihatan Simpang Renggam, Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Persatuan Bomba Sukarela Simpang Renggam dan penduduk setempat.

Program dimulakan dengan sesi walkabout bersama Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan di kawasan sekitar bagi melihat isu setempat yang perlu diambil tindakan segera.

Satu sesi taklimat berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran telah diberikan oleh En. Norhisam bin Ihwan, Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba Dan Penyelamat Renggam. Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada 10 penerima yang terdiri daripada golongan B40, warga emas dan penduduk yang kurang berkemampuan.

Selain itu turut diadakan demonstrasi Penyelamat ‘First Aid ‘ dan CPR oleh St. John Ambulans Malaysia (Kluang), demonstrasi Pencegahan Kebakaran Api Dapur oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Renggam bersama Bomba Sukarela Simpang Renggam, pameran peralatan bomba serta kaunter saringan kesihatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Gerak Mesra Zon 7 ini. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar bagi memastikan kebersihan di Simpang Renggam sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

#JOHORBERSIH

#MajuJohor

#makmurdinamiksejahteraresponsif

#simpangrenggamkearahperbandaranlestari