MENU

9 Julai 2023 | Ahad

Program hari ini telah dimulakan dengan aktiviti plogging di sekitar Balairaya Nurul Takzim, Layang-Layang .

Seterusnya, Program diteruskan dengan Sesi Townhall bersama komuniti Layang-Layang . Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Dato' Hj Hasni bin Mohammad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Tn Haji Abd Mutalib bin Abd Rahim ,Adun Layang-Layang, Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, Dato Zakaria bin Dullah, Pengerusi Yayasan Makmur Simpang Renggam, Encik Mohd Faizal bin Md Said, Ketua Whip MDSR, barisan Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MDSR .

Dalam program tersebut, ketua-ketua Jabatan MDSR telah menyampaikan Taklimat Cadangan Kerja-Kerja Pembangunan, Perkhidmatan Pembersihan dan Pengenaan Cukai Harta di Bandar Baru Ibrahim Majid telah dibentangkan oleh Encik Mohd Hanif bin Norlizan, Ketua Jabatan Kejuruteraan, Puan Nadiah binti Ismail, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Puan Norshafiqah binti Lazim, Ketua Jabatan Kesihatan Awam.

Program pada hari ini adalah anjuran Majlis Daerah Simpng Renggam bersama Ahli Majlis Zon 18,19,20 & 21, Lions Club of Simpang Renggam dan Hospital Enche Besar Hajah Khalsom.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Derma Darah & Sesi Townhall bersama komuniti Layang-Layang pada hari ini.