MENU

Program berbuka puasa bersama YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor ini telah diadakan di Masjid Jamek Al- Ubudiyah Machap.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah,Pegawai Daerah Kluang, Puan Azurawati Binti Wahid,YDP Majlis Perbandaran Kluang, Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan,Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang renggam, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober,Setiausaha MDSR serta Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Daerah Kluang.

YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi juga turut berkesempatan memberikan sumbangan Bantuan Kasih Bangsa Johor kepada anak yatim, fakir miskin, asnaf serta penghantar makanan di sekitar DUN Machap.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor