MENU

Sekitar Sesi Perjumpaan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam bagi bulan Julai 2023 yang telah diadakan di Dewan Muafakat Kompleks Pentadbiran MDSR.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam. Turut hadir sama, Puan Nurul Izzah Binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam.

Dalam majlis tersebut, beliau mengingatkan kepada seluruh kakitangan Majlis Daerah Simpang Renggam perlulah bekerja berlandaskan kepada Prinsip 3S iaitu ; Sikap, Sistem dan Semangat Berpasukan.

Turut diadakan acara senam robik yang diketuai oleh Pasukan Kecergasan Daerah Kluang.