MENU

Perasmian Karnival Agro Johor Tahun 2022 Oleh Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor hari ini telah disempurnakan di Pusat Perdagangan Wawasan, Simpang Renggam.

Turut hadir sama dalam perasmian Karnival Agro Johor Tahun 2022 ialah Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Tuan Haji Jamaluddin bin Haji A Hamid, Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd Manap, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Tuan Haji Mohamad Yazid bin Baharudin, Setiausaha Majlis Perbandaran Kluang, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam serta wakil-wakil Ketua Jabatan Peringkat Daerah Simpang Renggam.

Ayuh semua! Hadir beramai-ramai. Sertak kami dan jangan lepaskan peluang yang ada. Kami mengalu-alukan kedatangan anda. Kita meriahkan KARNIVAL AGRO JOHOR. Bertempat di Pusat Perdagangan Wawasan Simpang Renggam

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk seisi keluarga sepanjang 3 hari penganjuran karnival. Jangan lepaskan peluang untuk melawat booth-booth pameran yang memberikan banyak info dan pembelajaran kepada semua.