MENU

Pelaksanaan Pemeriksaan Majestic Johor Standard 2022 bagi Produk-Produk Pelancongan di Daerah Simpang Renggam oleh Tourism Johor telah dilaksanakan di 5 buat lokasi pelancongan di bawah Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam iaitu :-

1. Mr One Agro Farm Simpang Renggam

2. ATV Forest Park Simpang Renggam

3. Kellypojawani Event Cafe & Guest House

4. Aw Pottery Studio

5. RR Homestay & Event Cafe

Pemeriksaan selama 2 hari ini turut dihadiri oleh wakil daripada Johor Tourism, Wakil Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Daerah Kluang, Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kluang. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mempromosikan produk pelancongan yang mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan selain meninjau pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan Pihak Berkuasa industri pelancongan Majlis Keselamatan Negara.