MENU

Sekitar lawatan kerja Majlis Daerah Simpang Renggam ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berlangsung pada 28 Mei-31 Mei 2023. Tujuan lawatan ini diadakan untuksesi kunjung hormat selain mengambil peluang melihat 'best practices' yang dilaksanakan oleh DBKK.

Delegasi dari Majlis Daerah Simpang Renggam ini telah diketuai oleh Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR. Turut hadir sama, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, Encik Mohd Faizal bin Md Said, Ketua WHIP MDSR, Ahli-Ahli Majlis MDSR serta Ketua/Unit Jabatan.

Turut diadakan Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Simpang Renggam Bil 5/2023 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, YDP MDSR. Diharapkan lawatan ini dapat memberikan idea serta pengalaman kepada semua peserta yang terlibat.