MENU

18 April 2023 | Selasa | 27 Ramadan 1444h

Majlis Khatam Al Quran MDSR ini telah dilaksanakan di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran MDSR dan telah dipimpin oleh Ustaz Rosli bin Samadi.

Di samping itu, Majlis Khatam Al-Quran ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam dan Puan Nurul Izzah Binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam, Ahli-ahli Majlis MDSR serta seluruh warga kerja MDSR.

Turut disampaikan sumbangan hari raya kepada kakitangan Majlis Daerah Simpang Renggam.