MENU

Lawatan ini dimulakan dengan Program Semarak Subuh Johor yang bertempat di Masjid Al-Mustaqim Kampung Ulu Benut, Simpang Renggam. Program ini adalah cetusan idea daripada YAB sendiri yang bertujuan untuk mengimarahkan masjid di seluruh Negeri Johor sekaligus dapat merapatkan saf dan menyantuni jemaah di masjid masing-masing pada setiap hari Jumaat.

Program diteruskan dengan sesi walkabout di Pasar Jumaat Simpang Renggam oleh YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi dan diiringi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam iaitu Encik Mohd Fa'iz bin Salehon. Pasar Jumaat ini adalah sepanjang 1,000m yang dapat menempatkan 600 tapak penjaja yang memberi peluang perniagaan kepada hampir 156 orang peniaga dari sekitar Simpang Renggam.

YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi juga berkesempatan menziarahi 5 buah keluarga angkat Pusat Khidmat ADUN Machap dan Rumah Kasih Johor (RKJ) di Kg Dato Ibrahim Majid, Taman Putrimas dan Felcra Bukit Keremoiyang.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini adalah Tn. Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang; Pn Azurawati binti Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, En Mohd Fa'iz bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam, Wakil-wakil DUN/Parlimen & Ahli-Ahli Majlis MDSR dan Wakil Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kluang.

#MakmurDinamikSejahteraResponsif

#MajuJohor

#bangsajohor