MENU

12 JULAI 2023 | RABU

Sekitar lawatan kunjungan Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor ke Majlis Daerah Simpang Renggam . Ketibaan beliau disambut mesra oleh Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam, Encik Mohd Faizal bin Md Said, Ketua Whip MDSR , Ahli-Ahli majlis MDSR serta barisan pengurusan tertinggi MDSR. Turut hadir sama, YB Tuan Haji Abd Mutalib bin Abd Rahim, ADUN Layang-Layang.

Lawatan pada hari ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu peringkat di kawasan seliaan Majlis Daerah Simpang Renggam dan isu Perumahan di kawasan Simpang Renggam . Turut diadakan mesyuarat bagi penubuhan TASKFORCE RMMJ Renggam yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Hj Jafni bin Md Shukor bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor , PTD Kluang, Pusat Khidmat ADUN Machap & Layang-Layang serta GLC dan sesi lawatan ke Tapak Rumah Kejora Layang-Layang.

Semoga hasil daripada lawatan ini, ia dapat memberikan impak positif kepada kawasan sekitar Simpang Renggam.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

'Simpang Renggam Ke Arah Bandar Lestari'