MENU

Lagu Muafakat Johor telah dilancarkan pada 30hb Ogos 2016 sempena malam Ambang Kemerdekaan yang ke 59 diseluruh Johor. Klik sini untuk menonton video lagu Muafakat Johor yang terbaru. 

Lirik Lagu Muafakat Johor

Muafakat Johor Jadi Sandaran
Beretika Menjaga Warisan 
Cekal Menghadapi Cabaran Dihadapan
Berhemah Dan Berkemajuan

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada
Bangsa Johor Tinggi Setianya
Sanggup Berkorban Jiwa Dan Raganya
Majulah Johor Luaskan Kuasa

Muafakat Itu Berkat
Muafakat Itu Sepakat

Muafakat Itu Berkat
Muafakat Itu Sepakat

Tegak Bangsa Kerana Budi
Kami Mendengar Suara Hati
Membina Bangsa Dan Negeri
Muafakat Johor Terus Dihormati

Gagasan Johor Berkemajuan
Bersama Rakyat Kita Jayakan 
Tidak Pernah Tunduk Pada Cabaran
Perjuangan Mesti Diteruskan

Muafakat Itu Berkat 
Muafakat Itu Sepakat

Muafakat Itu Berkat 
Muafakat Itu Sepakat

Johor Tetap Jadi Johor
Hidup Bermuafakat 
Luaskan Kuasamu

Johor Tetap Jadi Johor
Negeri Berdaulat
Luaskan Kuasamu