MENU

4 JUN 2023 | AHAD

Aktiviti 'plogging' diteruskan lagi pada hari ini !

Kerja-kerja 'plogging' yang dilaksanakan oleh Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan Yang Dipertua MDSR, Ahli-ahli Majlis MDSR, kakitangan MDSR bersama Jabatan Penjara Simpang Renggam merangkumi dari Penjara Simpang Renggam ke Ladang CEP.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Program Johor Bersih peringkat Majlis Daerah Simpang Renggam. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.