MENU

Kerja-kerja plogging pada hari ini telah disertai oleh Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang, Puan Azurawati Binti Wahid, YDP Majlis Perbandaran Kluang dan Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan, YDP Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi kawasan sekitar Hutan Bandar Simpang Renggam.

Turut hadir sama, Encik Mustafa Kamal Bin Abdullah, Pentadbir Tanah Kluang, Puan Nurul Izzah Binti Mohd Zober,Setiausaha MDSR, Encik Muhamad Sharul Azmi Bin Md Kamil, Penolong Pegawai Daerah , Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah , Puan Puan Noor Hidayah Binti Abdullah, Penolong Pegawai Daerah.

Untuk makluman, Program Plogging sempena Johor Bersih akan dilaksanakan pada setiap hari Ahad. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Program Johor Bersih peringkat Majlis Daerah Simpang Renggam. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.