MENU

7 MEI 2023 | AHAD

Aktiviti 'plogging' diteruskan lagi pada hari ini !

Kerja-kerja 'plogging' yang dilaksanakan oleh kakitangan Majlis Daerah Simpang Renggam pada pagi ini merangkumi sekitar Dari Jambatan PLUS ke Traffic Light Pusat Perniagaan Wawasan.

Turut hadir sama, Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR dan Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Program Johor Bersih peringkat Majlis Daerah Simpang Renggam. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.