Program Gerak Mesra Johor Bersih Ahli Majlis Zon 14, 15 & 16 telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen masyarakat setempat di Dewan Orang Ramai, Renggam.
Hadir sama dalam program ini ialah Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Encik Mohd Faizal Bin Said, Ketua Whip MDSR, En Arshad Bin A.Said (Zon 14), En Parlan Bin Dollah Rahman (Zon 15), En Chong Zheng Yi (Zon 16), Ahli-Ahli Majlis MDSR, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, AADK, Balai Bomba Renggam, PGA, JKR Kluang, Balai Polis Simpang Renggam, SWM, SWCORP, kakitangan MDSR, SMK Dato’ Hj Hasan Yunos, SK Jubli Intan, SJKT Bukit Renggam, SJKC Chin Chiang, PDK serta masyarakat setempat
Program dimulakan dengan walkabout bersama Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan bersama Tuan YDP bagi meninjau secara dekat isu-isu setempat yang memerlukan perhatian segera. Seterusnya, acara diteruskan dengan sesi penyerahan sumbangan kepada pelajar Pendidikan Khas serta penyerahan cenderahati penghargaan kepada agensi yang terlibat sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka dalam menjayakan program ini.
Antara pengisian menarik sepanjang program ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dan mencantikkan persekitaran serta pelbagai kaunter khidmat masyarakat yang disediakan, termasuk kaunter bayaran cukai harta & cukai tanah, kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter Tabung Haji, serta kursus pembuatan Vietnam Roll yang menarik minat ramai peserta.
Selain itu, turut diadakan sesi taklimat kesihatan, keselamatan dan kebersihan oleh pelajar Tingkatan 6 SMK Dato’ Hj Hasan Yunos serta taklimat pembakaran terbuka yang disusuli dengan demonstrasi pemadaman api oleh pihak berkuasa. Program ini turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah pertandingan dan cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.
Tahniah & terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penduduk Zon 14, 15 & 16, kakitangan MDSR, serta komuniti yang hadir. Anda adalah inspirasi untuk menjadikan Simpang Renggam lebih bersih, sihat, dan maju!