Satu perbincangan telah berlangsung bersama Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam dan pihak Daily Fresh Sdn Bhd iaitu Encik Chay Hong Choon, Pengarah Urusan Daily Fresh serta Puan Nor Hafizah Binti Atan, Senior Eksekutif Sumber Manusia Daily Fresh,bagi meneroka peluang kerjasama dalam sektor pelancongan di Simpang Renggam.
Dengan potensi besar dalam agro-pelancongan, perbincangan ini membuka ruang untuk pembangunan produk pelancongan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung serta memberi manfaat kepada komuniti setempat. Inisiatif ini juga selari dengan usaha memperkasakan sektor pelancongan Johor menjelang Tahun Melawat Negeri Johor 2026, sekali gus menjadikan Simpang Renggam sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancong.
Semoga usaha ini menjadi titik permulaan ke arah kemajuan pelancongan Simpang Renggam!