MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam telah menerima satu lawatan naziran projek di bawah peruntukan inisiatif belanjawan tahun 2023 bagi Pihak Berkuasa Tempatan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terdiri daripada En. Zabani Bin Maddiah @ Baharim dan En. Mohd Nazry Bin Muzani @ Mohd Afandi.

Lawatan naziran ini adalah bertujuan untuk memastikan pengisian peniaga kiosk dan kesesuaian lokasi penempatan kiosk yang telah dilaksanakan oleh pihak PBT.

Pada awal tahun ini, Majlis Daerah Simpang Renggam telah menerima sebanyak 30 kiosk menerusi peruntukan daripada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan yang mana telah ditempatkan di beberapa lokasi penjaja iaitu di Perhentian Bas Renggam, Taman Cemara, Taman Perindustrian Simpang Renggam dan Hutan Bandar Simpang Renggam.

Turut terlibat sama dalam sesi lawatan ini adalah Ketua-ketua Jabatan MDSR yang terdiri daripada Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Jabatan Kejuruteraan, Unit Audit Dalam dan Jabatan Penguatkuasaan MDSR.

#bangsajohor

#MajuJohor

#MakmurDinamikSejahteraResponsif

#simpangrenggamkearahperbandaranlestari