Sekitar Bengkel Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar Simpang Renggam 2030 yang telah diadakan di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran MDSR.
Objektif Focus Group Discussion (FGD) Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar Simpang Renggam 2035:
1. Platform kerjasama dan kolaborasi pelbagai pihak ke arah mencapai bandar pintar dalam Daerah Simpang Renggam.
2. Anjakan paradigma kepada warga kerja Majlis Daerah Simpang Renggam dan penduduk Simpang Renggam ke arah pembangunan bandar pintar.
3. Panduan dan sumber rujukan kepada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pihak berkepentingan bagi melaksanakan inisiatif bandar pintar dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam.
4. Dokumen rujukan untuk penarafan bandar pintar oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
5. Membantu MDSR merencana projek-projek bandar pintar mengikut keutamaan dan sasaran serta menjadi asas dalam permohonan peruntukan bagi pembangunan bandar pintar.
hadir sama, Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR, Ahli-Ahli Majlis MDSR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR serta Jabatan dan Agensi yang terlibat.
Semoga terlaksananya bengkel pada hari ini dapat membantu pentadbiran secara amnya dalam usaha menyediakan platfom perancangan pembangunan bandar pintar di Simpang Renggam yang berkualiti, mampan dan berteknologi pada masa akan datang.