MENU

Lawatan YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, ke Parlimen Simpang Renggam dimulakan dengan perasmian Majlis Hari Apresiasi dan Majlis Konvokesyen IQFA Tabika/Taska Kemas Parlimen Simpang yang berlangsung di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran MDSR.

Seterusnya, YAB Dato' Onn Hafiz berkesempatan menyantuni dan bertemu 1,000 usahawan TEKUN dari seluruh Johor dalam Majlis Perjumpaan bersama YAB Menteri Besar Johor. Program ini dimulakan dengan sesi 'Pocket Talk' yang mengetengahkan peranan agensi kerajaan kepada para usahawan. Antara agensi terlibat ialah LHDN, AKPK, PERKESO, KWSP, dan TEKUN. Dalam majlis ini, 10 usahawan TEKUN menerima pembiayaan berjumlah RM318,000 disampaikan sendiri oleh YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi.

Program Ziarah Kasih 3 Kaum turut berlangsung, melibatkan kunjungan ke kediaman berikut:

- Puan Ng Boon Siaw (Taman Ria)

- Puan Pooncholai A/P Cellamuthoo (Taman Ria)

- Puan Juwita Binti Mohd Ali (Taman Impian 2)

YAB Dato' Onn Hafiz juga turut menziarahi Keluarga Allahyarham Haji Suliaman Bin Sutar, Imam Masjid Al-Mustaqim Simpang Renggam yang telah meninggal dunia pada 3 Januari 2025, Jumaat.

Lawatan diakhiri dengan Walkabout di Pekan Simpang Renggam, Renggam, dan Layang-Layang di mana YAB Dato' Onn Hafiz mengedarkan buah limau sempena Tahun Baru Cina serta kalendar kepada penduduk setempat, sambil beramah mesra dengan masyarakat sekitar.

Turut hadir sama YB Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor; YB Tuan Haji Abd. Mutalip ,Adun Layang-Layang ; YBrs Puan Hajah Azurawati binti Wahid,Pegawai Daerah Kluang; YBhg. Dato' Haji Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional; Encik Zamri Bin Muhamad, Pengarah KEMAS Negeri Johor ; Encik Mohd Fa’iz bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam , Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Ahli-Ahli Majlis dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.