Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) hari ini telah menganjurkan Bengkel Strategik dan Focus Group Discussion (FGD) Hala Tuju Aktiviti Pelancongan di Simpang Renggam sebagai langkah proaktif dalam memperkasa industri pelancongan tempatan serta membantu pengusaha produk pelancongan dalam mempromosikan perkhidmatan mereka.
Bengkel ini dimulakan dengan Taklimat Strategik Hala Tuju Aktiviti Pelancongan di Simpang Renggam, diikuti dengan sesi Perbincangan Berkumpulan yang memberi ruang kepada pengusaha untuk membentuk dan menambah baik pakej pelancongan yang lebih menarik dan kompetitif.
Turut hadir memberi sokongan dan pandangan dalam sesi ini ialah Encik Mohamed Azhari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam ,Encik Mohd Azhari Bin Abu Bakar, Tourism Johor , Encik Jimmy Leong, Presiden Majlis Pemandu Pelancong Malaysia dan Pengusaha-pengusaha produk pelancongan Simpang Renggam .
Bengkel ini juga menjadi platform untuk menggariskan strategi menjelang Tahun Melawat Negeri Johor 2026 khususnya di daerah Simpang Renggam. MDSR juga komited untuk membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan dan mempromosikan produk pelancongan mereka secara lebih efektif.
Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat! Bersama kita mengangkat industri pelancongan Simpang Renggam ke tahap yang lebih tinggi.