1. APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PROGRAM PEMUTIHAN TAMBAHAN DAN UBAHSUAI RUMAH
- Bagi rumah kediaman yang telah membuat tambahan dan ubahsuai kepada bangunan asal yang tidak mempunyai kelulusan atau tidak mematuhi pelan lulus MDSR.
- Pemilik boleh membuat permohonan kepada Majlis bagi mendapatkan kelulusan secara sah terhadap tambahan struktur tersebut.
- Adalah bagi tujuan kehendak proses Jual-Beli bangunan secara sah, cagaran bank, insurans dan lain-lain.
2. DEFINISI TAMBAHAN /MENDIRIKAN BANGUNAN
-
" Bangunan termasuklah apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap samada, digunakan bagi kediaman manusia atau selainnya dan juga apa-apa tembok, pagar, pelantar, pementasan, gate, tiang, pilar, paling, bingkai, papan dendeng, empat lancar, limbungan, dermaga, tembok sambur, jeti, pentas mendarat atau jambatan, atau apa-apa binaan tupang atau asas yang berkaitan dengan jelas yang tersebut di atas."
Dan,
-
Seksyen 70 (16) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133); seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai mendirikan bangunan jika
a) Memulakan kerja di atas tapak bangunan bagi atau berkenaan dengan sesuatu bangunan baharu;
b) Menambah kepada atau mengubah mana-mana bangunan yang sedia ada dengan cara yang melibatkan -
i) Asas tapak baharu; atau
ii) Bina atas alau bumbung baharu atau separuh baharu atau tambahan atas dinding yang sedia ada atau asas tapak yang sedia ada;
c) Mengubahjadikan sesuatu bangunan yang bukan pada asalnya dibina untuk kediaman manusia kepada rumah kediaman'
d) Mengubahjadikan sesuatu bangunan yang pada asalnya dibina sebagai suatu rumah kediaman kepada lebih daripada satu rumah kediaman;
e) Mengubahjadikan sesuatu sesuatu rumah yang pada asalnya dibina bagi maksud kediaman kepada maksud-maksud yang lain;
f) Menyeleweng samada sebelum atau selepas siap bangunan itu dibina tentang apa-apa butir daripada mana-mana plan atau penentuan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa berkenaan dengan bangunan itu.
g) Melanggar peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil berhubung dengan bangunan.
h) Meruntuh dan membina semula atau menambah kepada suatu bangunan dengan cara yang melibatkan lebih daripada:
i) Setengah daripada luas permukaan dinding dan sekatan, atau
ii) Setengah daripada luas permukaan lantai (tidak termasuk tingkat tanah ) atau bumbung; atau
i) Membina suatu tingkat atau tingkat-tingkat tambahan, atau membaharui, membina semula atau mendirikan suatu dinding sebelah luar atau dinding dua pihak pada tingkat satu, tingkat dua atau tingkat tiga yang dikira daripada aras tanah, setakat satu tingkat tingginya.