MENU

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Johor selama 5 tahun atau lebih yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Simpang Renggam.      

  1. Penolong Pegawai Tadbir (N29) - TETAP
  2. Penolong Akauntan (W29) - TETAP
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29) - TETAP

 

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Majlis Daerah Simpang Renggam atau dengan memuat turun borang di pautan berikut :

                    i.    iklan_jawatan_kosong_2019.pdf

                   ii.   borang_iklan_jawatan_kosong_2019.pdf

  1. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18.
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

 

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,

(BAHAGIAN SUMBER  MANUSIA),

86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 JUN 2019

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

  1. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

                             i.  salinan kad pengenalan yang telah disahkan

                            ii.  salinan sijil kelahiran yang telah disahkan

                           iii.  salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan

                           iv.  1 keping gambar yang terbaru berukuran passport

                            v.  lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan

 

  1. Pemohon juga hendaklah menyediakan  ‘video resume’ sebagaimana berikut :

                         5.1  Berdurasi tidak lebih dari 3 minit

                         5.2  Menggunakan suara pemohon sebenar

                         5.3  Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :

                                5.1.1   Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.

                                5.1.2   Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.

                                5.1.3   Ringkasan pengalaman kerja pemohon.

                                5.1.4   Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.

                                5.1.5   Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.

                                5.1.6   Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.

                                5.1.7   Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’.

                                5.1.8   Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang  dipohon.

                                5.1.9   Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.

                                5.1.10 Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.

 

  1. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’  yang unik dan kreatif.
  2. Semua ‘video resume’  hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat info@mdsrenggam.gov.my
  3. Pemohon yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.
  4. Semua dokumen perlu disahkan oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 keatas sahaja.

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

 

“KLUANG MAJU SIMPANG RENGGAM SEJAHTERA”

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Simpang Renggam