MENU

Jabatan Kesihatan Awam Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) , Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan SWCorp Cawangan Kluang telah mengadakan pemeriksaan di Bazar Ramadan Laman Simpang Renggam bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin.

Hadir sama dalam operasi ini ialah Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR dan Dr. Nor Hana Binti Ahmad Bahuri, Pegawai Kesihatan Daerah Kluang,

Antara aktiviti yang dijalankan:

✅ Pemeriksaan kebersihan bazar & pengendali makanan

✅ Pondok panas Unit Vektor PKD Kluang untuk kesedaran demam denggi

✅ Hebahan keselamatan & kebersihan makanan dengan tema Tips Tapau: Lihat, Hidu & Rasa.

✅ Promosi Value Food No Waste & My Save Food oleh SWCorp

MDSR komited memastikan bazar Ramadan di Simpang Renggam selamat, bersih & lestari untuk semua! Mari bersama kita amalkan kebersihan dan elakkan pembaziran sepanjang Ramadan ini.