MENU

Perbincangan ini diadakan adalah untuk memperincikan kaedah pelaksanaan bagi salah satu strategi yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Pembangunan Machap - Simpang Renggam. Perkara - perkara yang dibincangkan adalah berkaitan Special Coach di KTM Renggam dan Halatuju Perancangan Stesen KTM Lama Rengggam bagi tujuan meningkatkan tarikan pelancongan di Renggam.

Perbincangan yang dijalankan ini melibatkan daripada pihak PLANMalaysia Johor yang diketuai oleh TPr Mohamad Hussaini bin Harun, Ketua Penolong Pengarah PLANMalaysia Johor bersama Encik Sahibul Ahmed bin Sani, Pegawai Perancang Bandar dan Desa MDSR mewakili Tuan Yang Dipertua MDSR, Encik Mohamad Amin bin Wan Salim, Pengurus Perkhidmatan Antara Bandar KTM, Puan Harina Ayu binti Ali Akbar, Pengurus Pemasaran dan Promosi (Charter Train) dan Encik Ismail bin Mohamed, Eksekutif Operasi KTM Johor Bahru.

Mudah-mudahan perbincangan ini memberi hasil yang positif dan memanfaatkan kawasan sekitar Renggam.

#bangsajohor

#MajuJohor

#MakmurDinamikSejahteraResponsif

#simpangrenggamkearahperbandaranlestari