MENU

Menjunjung titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Seramai 25 Southern Volunteers Majlis Daerah Simpang Renggam dan 11 sukarelawan Riadah Anak Johor bergerak ke kawasan-kawasan yang terkesan akibat banjir yang melanda baru-baru ini di daerah Batu Pahat bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Antara lokasi yang terlibat ialah :

1. SK Sri Gading

2. Taman Sri Mutiara (10 buah rumah)

3. Taman Gading Jaya (20 buah rumah)

4. Jalan Jasman (20 buah rumah)

Turut hadir sama, Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam dan Puan Nurul Izzah Binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam.

Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat.

HRH Crown Prince of Johor

Onn Hafiz Ghazi

Mohd Hairi Mad Shah

On Jabbar

MEDIA DIGITAL JOHOR