MENU

Tuan Haji Hanis Musalaman bin Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam telah hadir ke Stadium Tertutup Perbadanan STD Johor, Kluang bagi menyaksikan Perlawanan Futsal Piala Tunku Mahkota Johor Bawah 21 antara Majlis Daerah Simpang Renggam vs Persatuan Bola Sepak Daerah Kulai. Turut hadir sama, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Majlis Daerah Simpang Renggam.

Tuan Yang Dipertua juga turut memberikan amanat dan kata-kata semangat kepada Pihak Pengurusan dan barisan pemain-pemain Futsal Majlis Daerah Simpang Renggam untuk memperoleh kejayaan pada Piala Tunku Mahkota Johor, Liga Johor Darul Ta'zim 2023.

Pasukan Majlis Daerah Simpang Renggam berjaya melakar kemenangan dengan keputusan Simpang Renggam 7-0 Kulai.