MENU

Penebangan pokok yang dibenarkan hendaklah diberi secara bertulis oleh PBT.PBT juga boleh mensyaratkan mana-mana pokok yang ditebang perlu digantikan dengan penanaman semula. 

Pokok merupakan aset semula jadi yang menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memeliharanya. Tujuan pemeliharaan pokok adalah untuk menjamin sumber semula jadi bagi generasi akan datang untuk dinikmati bersama.

Bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memberi perlindungan khas kepada pokok-pokok matang untuk memastikan ianya tidak ditebang dan sistem ekologi semasa
sesuatu kawasan dapat dikekalkan.

Istilah merosakkan atau memusnahkan pokok termasuklah dalam perbuatan mengguris, mengopek, memaku, mengecat, meracun, membakar, menebuk, menampal, menakek, menakuk, mengikat dengan dawai dan menoreh sepanjang lilitan pokok serta lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan cedera kepada pokok dan mencacatkan pokok berkenaan.

Di bawah Subseksyen 35A(4) memperuntukkan seseorang yang melanggar peruntukan didakwa jika sabit kesalahan dan boleh dikenakan denda sehingga RM100.000.00 atau penjara sehingga enam (b) bulan.

Manakala di bawah Subseksyen 35E(1) memperuntukan seseorang yang didapati bersalah kerana menebang mana-mana pokok di bawah perintah pemeliharan pokok boleh dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok yang lain samada daripada saiz dan spesis yang sesuai, atau digantikan di tempat yang sama atau berdekatan atau di tempat lain. 

Subseksyen 35H(1) memperuntukkan perlindungan khas kepada pokok yang mempunyai lilitan melebihi 0.8 meter tidak boleh ditebang kecuali dengan izin PBT.