MENU

Alhamdulillah, sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Yayasan Makmur Simpang Renggam telah mengadakan program penyampaian sumbangan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan. Seramai 10 penerima telah menerima manfaat daripada sumbangan ini.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fa'iz bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, sebagai tanda keprihatinan dan komitmen dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima dan membawa kebahagiaan dalam menyambut Ramadan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini.

"Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima."