MENU

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR). Tugas untuk meneraju Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MDSR ini adalah satu tugas yang penuh cabaran. Namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli Majlis dan juga seluruh warga kerja MDSR kecemerlangan ini akan dapat terus dipertahankan malahan dapat dipertingkatkan.

Dalam zaman yang moden ini, masyarakat kita menjadi semakin bijak dan sentiasa memastikan hak-hak sebagai pembayar cukai dapat dipenuhi oleh PBT. Mereka sentiasa menilai sejauh mana PBT akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada hak-hak pembayar cukai.

Justeru itu, dalam hal ini, saya akan menerapkan nilai-nilai kerja secara berpasukan (teamwork) di dalam pentadbiran MDSR agar perkhidmatan yang professional dan cekap dapat diberikan kepada pelanggan khususnya warga MDSR.

Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk melihat MDSR yang kita sayangi ini akan sentiasa sejahtera, harmonis, aman dan juga damai. Selamat melayari Laman Web ini.

Sekian. Wassalam.
Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan
Yang DiPertua MDSR