MENU

Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam telah menerima kunjungan hormat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membincangkan cadangan pembinaan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EVCS) di kawasan Simpang Renggam.

Turut hadir dalam sesi ini, wakil dari TNB ialah En. Mohd Ridzuan B Mohd Haris (Customer Care – Kluang, SME & Residential, Retail Division,TNB) ,Encik Hong Kin Hong (Lead, State Retail Partner - Johor, SME & Residential, Retail Division, TNB) yang berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan projek ini serta keperluan infrastruktur yang menyokong mobiliti hijau.

Perbincangan turut menekankan aspek kerjasama dalam penyediaan kemudahan, kelulusan yang diperlukan, serta potensi pelaksanaan inisiatif tenaga hijau seperti pemasangan lampu jalan solar dan program kesedaran tenaga lestari.

Majlis Daerah Simpang Renggam menyambut baik inisiatif ini sebagai langkah ke arah pembangunan bandar pintar dan mesra alam di daerah ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong agenda tenaga hijau negara!