Sekitar Penyampaian sumbangan oleh Yayasan Makmur Simpang Renggam kepada 5 mangsa ribut di Taman Indah Simpang Renggam.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua MDSR. Hadir sama, Ahli Majlis Zon 8, Encik Saipul Radzuan Bin Selamat.
Semoga sumbangan ini mampu meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa dan keluarga, serta menjadi tanda keprihatinan kepada komuniti setempat.