MENU

Program Gerak Mesra Johor Bersih Ahli Majlis Zon 6 Simpang Renggam telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen masyarakat setempat pada 17 Januari 2025 di Dewan Kampung Melayu. Turut hadir sama dalam program ini ialah Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Encik Mohd Faizal Bin Said, Ketua Whip MDSR merangkap Ahli Majlis Zon 6, Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR, Ahli-Ahli Majlis, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, AADK, Balai Bomba Renggam, PGA, JKR Kluang, Balai Polis Simpang Renggam, SWM, SWCORP, Jabatan Pertanian Daerah Kluang Cawangan Spg.Rgm, SMK Abdul Rahman Andak, Tadika Agama Johor, Kakitangan MDSR dan masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan ceramah AADK berkaitan "Kesan Penyalahgunaan Vape dalam Kalangan Pelajar" yang telah disampaikan oleh Puan farzana Balqis binti Ahmad Zaidi. Seterusnya telah diadakan Walkabout bersama Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan bersama TuanYDP bagi meninjau secara dekat isu-isu setempat yang memerlukan perhatian segera. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang untuk mengenal pasti keperluan komuniti, tetapi juga memastikan tindakan penyelesaian dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan demi kesejahteraan penduduk Zon 6.

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan & mencantikkan persekitaran, Senam robik untuk kesihatan komuniti ,Kaunter Tabung Haji, Kaunter khidmat masyarakat: semakan & bayaran cukai harta, aduan, dan saringan kesihatan, Penyampaian sumbangan kepada komuniti setempat, penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna, cabutan bertuah & cenderahati penghargaan kepada agensi yang terlibat.

Tahniah & terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penduduk Zon 6, kakitangan MDSR, serta komuniti yang hadir. Anda adalah inspirasi untuk menjadikan Simpang Renggam lebih bersih, sihat, dan maju.