Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sri Kencana telah menerima kunjungan daripada Pegawai Daerah Kluang, Puan Hajah Azurawati binti Wahid. Dalam lawatan ini, beliau telah menyampaikan sumbangan SUK Johor kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.
Hadir sama dalam lawatan tersebut Encik Mohd Fa'iz bin Salehon, YDP Majlis Daerah Simpang Renggam, Encik Mohamed Azahari bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang, Pegawai-Pegawai ZON, Penghulu Kanan, Ketua Kg serta Ahli Majlis.