Satu Mesyuarat Kick-Off telah diadakan sebagai titik bermulanya Kajian Penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Pintar Simpang Renggam 2030 yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua MDSR. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Faizal Bin Said, Ketua WHIP MDSR ; Encik Mohamed Azahari Bin Rawi, Setiausaha MDSR ; GS Fitri Binti Abdul Rahman, Pegawai Perancang Bandar & Desa ; Puan Azyanti Binti Shurbani, Penolong Pengarah PPBD dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR.
Untuk makluman, Satu (1) Blueprint Bandar Pintar Negeri Johor 2030 telah disediakan oleh pihak PLANMalaysia Johor dan telah dilancarkan dalam Johor Smart City Forum (JSCF) 2023. Blueprint ini diwujudkan untuk menetapkan halatuju perancangan bandar pintar di Negeri Johor. Berdasarkan blueprint ini, setiap PBT perlu melaksanakan kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar untuk menetapkan sasaran tahap bandar pintar mengikut kawasan.
Oleh itu, penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Simpang Renggam 2035 telah dilaksanakan bermula pada bulan Januari 2025 dan dijangka selesai pada Julai 2025.Penyediaan pelan ini adalah bertujuan untuk mengukur kesediaan dan tahap semasa MDSR dalam menerapkan elemen bandar pintar dalam kawasan MDSR.
"Simpang Renggam Central Johor Gateway"