MENU

Satu lawatan kerja telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, bagi meninjau potensi pembangunan sektor pelancongan bersama pengusaha-pengusaha produk pelancongan di kawasan Simpang Renggam .

Antara lokasi yang dilawati ialah Jeram Asli Ulu Benut yang menjadi sektor Eko-Pelancongan utama di Machap, Ladang Nenas Golden Pine dan Kilang Pembuatan Rotan.

Salah satu tarikan baru di Simpang Renggam ,sebuah 'showcase' galeri pembuatan rotan kini dalam proses pembangunan. Nantikan keunikannya ! Semoga inisiatif ini mampu merancakkan ekonomi tempatan dan menarik lebih ramai pelancong ke Simpang Renggam.