MENU

Sebanyak 334 unit khemah melalui Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) telah diedarkan kepada para peniaga yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Turut hadir sama adalah YB Datuk Seri Utama Ir. Hasni Bin Mohammad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Tuan Haji Abd Mutalip bin Abd Rahim, ADUN Layang-layang, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin, Pengarah Eksekutif PUJB, Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang, Encik Mohd Fa’iz bin Salehon, Yang Dipertua MDSR dan barisan ketua-ketua jabatan daerah Kluang serta penduduk setempat.

Semoga dengan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada para peniaga dan bersama dalam merealisasikan agenda Penjenamaan Pasar Jumaat Simpang Renggam sebagai destinasi pelancongan.

Terima kasih Kerajaan Negeri Johor.

#bangsajohor

#MajuJohor

#MakmurDinamikSejahteraResponsif

#simpangrenggamkearahperbandaranlestari