MENU

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MDSR dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Majlis Bandaraya Johor Bahru telah mengadakan Bengkel Penyediaan Laporan Penilaian Semula 10 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di Dewan Serbaguna Machap, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam.

Bengkel ini diadakan bagi melihat potensi hasil-hasil baru yang boleh dijana untuk tujuan pembangunan setempat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor yang telah diselaraskan oleh Cik Azyan Hamizah Binti Burhan, Akauntan SUKKT dan dibantu oleh Sr. Haji Azmi Bin Haji Miswan, Pengarah Penilaian Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Majlis Daerah Simpang Renggam mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang hadir dan memberi kerjasama menjayakan bengkel.

#bangsajohor

#MajuJohor

#MakmurDinamikSejahteraResponsif

#simpangrenggamkearahperbandaranlestari