01 Ogos 2023 | Selasa | 14 Muharram 1445H
Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Dalam Dun Machap dan Dun Layang-Layang ini telah diadakan di Dewan Muafakat Simpang Renggam.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit di Kawasan Dun Machap & Dun Layang-Layang
Turut hadir sama dalam mesyuarat ini ialah Tuan Haji Abd Mutalip bin Abd Rahim, ADUN Layang-Layang, Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam, En Mohd Faizal bin Mat Said, Ketua WHIP MDSR, Ahli-Ahli Majlis Majlid Daerah Simpang Renggam serta ketua-ketua/wakil ketua-ketua jabatan Peringkat Daerah Kluang.