MENU

28 JULAI 2023 | JUMAAT

Program Gerak Mesra 2023 Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini telah berlangsung di kawasan Zon 7, Zon 8, Zon 9, Zon 11 dan Zon 13 yang bertempat di Dewan Terbuka JKK Simpang Renggam.

Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Dato' Seri Utama IR Hj Hasni bin Mohamad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah binti Zober, Setiausaha MDSR, Ahli-Ahli Majlis MDSR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR serta penduduk setempat.

Aktiviti yang diadakan pada hari ini termasuklah Aktiviti Plogging, Penyampaian Sumbangan, Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian oleh Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh .

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Gerak Mesra pada hari ini. Semoga dengan usaha ini pada pagi ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai matlamat menjadikan Simpang Renggam sebagai bandar yang bersih dan kondusif.

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.