MENU

KEPADA : SEMUA PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN / PELESEN BAGI KATEGORI TEMPAT HIBURAN DAN RUMAH AWAM DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM (MDSR)

TARIKH : 18 JULAI 2023

Sila ambil perhatian bahawa sebagai menghormati Sambutan Maal Hijrah 1445H, semua Pusat Hiburan dan Rumah Awam di Daerah Kluang hendaklah ditutup sementara pada 18 Julai 2023 (Selasa) mulai jam 6.00 petang hingga 19 Julai 2023 (Rabu), 6.00 petang.

Sehubungan dengan itu, semua pelesen dan pengusaha premis 
perniagaan dikehendaki mematuhi arahan notis ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas tuan/puan. Sekiranya ingkar, tuan/puan boleh dikenakan tindakan kompaun dan sita di bawah peruntukan kuasa kepada Majlis Daerah Simpang Renggam di bawah Seksyen (109) Akta Kerajaan Tempatan1976, Akta 171.

Kerjasama dan tindakan dalam perkara ini diucapkan terima kasih. 

Sebarang aduan/ pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui :
Tel 077551300, Hotline : 1300-88-6377, WhatsApp Aduan : 0197551300

Dengan perintah,
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM