MENU

Warga Majlis Daerah Simpang Renggam merakamkan sekalung ucapan jutaan terima kasih dan mengucapkan selamat bersara kepada Encik Mohd Azhar bin Munajat, Pemandu Kenderaan H11 yang telah bertugas hampir 26 tahun di Majlis Daerah Simpang Renggam. Beliau telah memulakan tugas pada 19 Mac 1997 dan bersara pada 14 Julai 2023.

Sampai masa waktu berpisah,

Memasuki rentak dunia berbeza,

Terima kasih atas bakti dicurah,

Semoga berjumpa di lain masa..

Jasamu Dikenang.