MENU

Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Ahad bersamaan 26 Mac 2023 sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya Awal Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato' Dr. Azmi Rohani berkata, gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Gantian cuti tersebut berikutan pada tarikh 23 Mac, ia merupakan Hari Kelepasan Am bagi Negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

https://mediadigitaljohor.gov.my/johor-isytihar-cuti.../

SUMBER : MEDIA DIGITAL JOHOR